MyHomeMedic Sedia Temui Anda

Perkhidmatan berterusan yang ditawarkan kepada setiap pelanggan mampu membina hubungan jangka panjang sekaligus dapat memastikan pelanggan sentiasa diberikan rawatan yang tepat dan membantu mereka dalam proses pemulihan.

Selari dengan slogan Caring, Healing and Educating, MSUMC memperluas dan meningkatkan lagi perkhidmatannya menerusi  MyHomeMedic  dimana ia menyediakan perkhidmatan door-to door  dan bersedia menemui pelanggan di rumah selain mengikut garis panduan yang telah ditetapkan bagi melindungi pelanggan dan juga pasukan MyHome Medic yang terlibat.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti perundingan doktor, prosedur ringan, rawatan kejururawatan, rawatan bagi luka, vaksinasi dan suntikan serta pemeriksaan kesihatan.

Bukan itu sahaja, MyHome Medic menawarkan perkhidmatan secara fisio dimana melibatkan ahli fisioterapi berpengalaman yang dapat membantu anda dengan hanya duduk dirumah. 

Antaranya:

  • Geriatric Physiotherapy assessment
  • Neurological Physiotherapy 
  • Respiratory Physiotherapy
  • Palliative Care Patient-bed-ridden patient.

Kekangan untuk ke hospital bukan alasan  untuk mengabaikan kesihatan anda.  Dengan harga yang berpatutan yang ditawarkan sekaligus mampu menjimatkan masa anda diluar serta mengikut keperluan waktu anda sendiri.  Pasukan MyHome Medic yang terdiri daripada Doktor, jururawat, ahli fisioterapi serta pakar diet bakal temui anda didepan pintu rumah pada bila-bila masa. 

Sebarang temujanji anda boleh juga dilakukan melalui pendaftaran secara atas talian atau hubungi 03-5521 6701 atau 03-5526 2800.