Kemurungan, Apa Yang Harus Dilakukan

Bagaimana seseorang itu tahu dia mengalami kemurungan?

  • Seseorang yang mengalamai kemurungan kebiasaannya akan merasai kesedihan yang berterusan yang agak mendalam sehinggakan berminggu-minggu 
  • Mereka juga boleh menghadapi sesuatu keadaan seperti Anhedonia iaitu hilang minat kepada sesuatu aktiviti yang biasanya mereka sukai
  • Selain itu juga mereka yang mengalami kemurungan kebiasaannya waktu tidur mereka akan terganggu, hilang selera makan, kurang tenaga dan tidak dapat melakukan kegiatan harian seperti sedia kala

Bagaimana kemurungan boleh terjadi?

  • Ia berlaku adalah kombinasi dari beberapa perkara seperti Biopsychosocial di mana aknirnya mereka akan hilang ketahanan

Tiga punca utama seperti:

  • Faktor keturunan- mungkin terjadi di kalangan saudara mara, adik beradik yang mengalami masalah kemurungan lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.
  • Yang kedua ialah tekanan kehidupan seperti mengalami masalah kerja atau kewangan yang serius
  • Faktor perhubungan – mengalami masalah perhubungan diantara adik beradik, keluarga, suami isteri yang tidak terkawal akhirnya memberi satu tekanan yang hebat dan menagakibatkan kemurungan

Bolehkah kemurungan dirawat?

  • Ya. Kemurungan perlu dirawat. Jika tidak ia akan membawa kesan buruk sehingga mereka ingin membunuh diri. 
  • Rawatan yang perlu adalah dengan pengambilan ubat anti kemurungan yang perlu diambil untuk tempoh beberapa bulan dan beransur-ansur menjadi pulih
  • Selain itu memerlukan rawatan kaunseling (Psychotherapy) untuk membantu pesakit menyelesaikan masalah-masalah yang menjadi punca kepada tekanan yang dihidapi pesakit